Wednesday 12 March 2014

Tiada Ketaatan


Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Tiada ketaatan kepada makhluk pada menderhakai Allah Azzawajalla."

(Riwayat Ahmad)

Pengajaran: Kita dilarang mengikut atau mematuhi seseorang yang mungkar dan tidak menurut perintah Allah Taala.

Tuesday 11 March 2014

Tempat Suci


Daripada Jabir r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Dijadikan untukku bumi sebagai masjid (tempat sujud) yang suci."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran: Jagalah kehidupan kita di dunia ini dengan amalan-amalan yang baik serta kebersihan jiwa sebagaimana kita menjaga amalan dan kebersihan ketika berada di dalam masjid.

Sunday 9 March 2014

Pemusnah Sifat Baik


Daripada Jabir r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Takutilah sifat bakhil dan haloba. Sesungguhnya siftat bakhil dan haloba memusnahkan golongan yang sebelum kamu. Ia mendorong mereka menumpahkan darah dan menghalalkan perkara yang duharamkan."

(Riwayat Muslim)

Pengajaran: Mata dan hati kita akan didustakan dengan harta yang banyak. Sekiranya kita tidak beringat, harta yang banyak akan membawa kepada kekufuran.

Saturday 8 March 2014

Tiga Amalan yang Kekal


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila seseorang mati terputuslah daripadanya amalannya melainkan tiga; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya."

(Riwayat al-Tirmizi)

Pengajaran: Peringatan untuk kita yang masih hidup iaitu perbuat dan amalkanlah sesuatu yang mempunyai manfaat yang kekal.

Friday 7 March 2014

Golongan yang Dibenci


Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Tiga golongan yang tidak dipandang Allah pada hari kiamat; penderhaka ibu, penagih arak dan orang yang suka menyebut pemberiannya."

(Riwayat al-Hakim)

Pengajaran: Untuk menjadi orang yang beriman, elakkanlah daripada perbuatan yang tidak disukai Allah Taala.

Wednesday 5 March 2014

Kebaikan Meninggalkan


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Daripada kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan suatu yang tidak bermanfaat kepadanya."

(Riwayat al-Tirmizi)

Pengajaran: Lakukan setiap sesuatu itu dengan adanya manfaat kepada diri dan Muslim yang lain.

Tuesday 4 March 2014

Keberkatan Memberi Salam


Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Wahai anakku! Apabila kamu masuk ke dalam rumah berilah salam. Kamu dan ahli rumah akan mendapat keberkatan."

(Riwayat al-Tirmizi)

Pengajaran: Ucapan salam adalah satu doa untuk kesejahteraan sesama Muslim. Silaturahim sesama kita juga akan bertambah kukuh.