Saturday 3 August 2013

Tip Berfikiran Positif

' Fikir Positif '
Perkataan ni memang sangat mudah untuk diungkapkan . Namun ia merupakan satu perkara yang sukar untuk dilaksanakan terutamanya sewaktu kita dilanda masalah atau ditimpa kegagalan . Jom berkongsi beberapa tip untuk berfikiran positif .


1 . Perasaan Diri Sendiri
Cara yang paling mudah adalah kenal pasti sama ada kita positif atau negatif mengenai perasaan diri kita . Ini kerana semakin kita sedar tentang perasaan yang kita sedang alami , semakin mudah untuk kita mengubah perasaan dari negatif kepada positif .

2 . Ubah Perkataan
Sentiasa gunakan perkataan yang positif semasa berfikir dan bercakap . Ini kerana apa jua perkataan yang disebut , akan menghantar isyarat , yang berbeza pada minda . Malah , ia akan memberi kesan kepada cara kita berhadapan dengan perkara tersebut . Justeru , gunakanlah perkataan yang boleh memberi motivasi pada diri sendiri . Misalnya ' Saya Boleh ! ' dan ' Saya Mesti Berjaya ! ' .

3 . Pemikiran Negatif
Belajar untuk latihkan diri untuk mengabaikan pemikiran negatif . Apabila pemikiran negatif timbul , cepat2 gantikan dengan memikirkan perkara2 yang menggembirakan . Dengan ini kita sudah cuba untuk menyekat pemikiran negatif dari menguasai diri .

4. Membaca
Luangkan masa untuk membaca sekurang - kurangnya satu muka surat buku2 yang boleh memberikan motivasi . Dengan pembacaan ini , ia mampu membuka minda dan menjadikan kita lebih positif .

5. Aktiviti Fizikal
Lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan , berenang , dan sebagainya . Ia akan menjadikan badan kita lebih cergas dan membina sikap positif dalam diri . Malah , sewaktu melakukan aktiviti ini , toksin dikeluarkan dari anggota badan . Jadi , ia mampu mengurangkan tekanan yang dialami .

6 . Persekitaran Yang Positif
Cari dan berkawanlah dengan orang2 yang berfikiran positif . Ini kerana jika kita dikelilingi orang2 yang negatif , maka kita mudah untuk menjadi negatif . Justeru , apabila kita dilanda masalah , carilah orang2 yang boleh memberi pandangan yang baik dan membantu menyelesaikan masalah kita .


ehsan : Asuh Julai 2013