Tuesday 12 February 2013

Rambut dan rahsianya


Dianggap sebagai mahkota wanita , rambut juga memiliki rahsia tersembunyi diri setiap wanita . . Jika ingin ketahui apakah rahsia itu , jom baca dan nilai sendiri . .

Rambut lurus

Dari segi fesyen , anda memang seseorang yang bijak bergaya . . Anda tidak perlu meminta bantuan sesiapa dalam pemilihan pemakaian . . Sememangnya , anda bijak berkata-kata dan berperwatakan ceria . . Namun , anda juga mudah cemburu dan suka bersaing . .

Rambut kerinting (tebal)

Dari sudut positifnya , anda seorang yang sangat peramah dan
mudah didekati . . Oleh itu , sudah tentunya anda mempunyai ramai kenalan . . Jadi , tidak hairainlah anda disayangi ramai malah anda juga agak romantik . . Walaubagaimanapun , anda agak degil dan keras kepala dan sentiasa merasakan diri anda sahaja yang betul . .

Rambut kerinting (halus) 

Bagi mereka yang mempunyai rambut jenis ini sebenarnya seorang yang bijak namun ada sedikt ego dan cerewet . . Dalam berpasangan pula , anda seorang yang romantik tetapi agak cemburu buta . . Ini membuatkan pasangan anda kurang selesa . .

Rambut ikal mayang

Individu yang mempunyai rambut begini pula seringkali memiliki rupa paras yang comel . . Bukan seorang yang terburu-buru dalam mengatur langkah dan sentiasa berfikir sebelum melakukan sesuatu . . Orang ramai suka dengan bergaul dengan anda kerana anda seseorang yang berfikiran terbuka dan mudah memaafkan seseorang . .

Rambut beruban

Tidak bijak mengatur sesuatu dan suka termenung . . Tetapi , anda bersikap sangat terbuka dan boleh menerima pendapat orang lain serta pandai menyelesaikan masalah sendiri . .

Rambut kusut 

Seseorang yang suka bergaul dan pandai menarik perhatian orang . . Walaupun anda mudah didekati , tetapi anda sebenarnya seorang yang agak bengis tetapi anda tidak suka marah tanpa usul periksa . . Namun , jika disakiti , anda tidak mudah memaafkan orang yang menyakiti . .

Rambut halus / lembut

Seorang yang agak cerewet tetapi manja dengan orang di sekeliling . . Malah , anda juga seorang yang tegas dengan pendirian dan mudah memaafkan orang lain . . Dalam pekerjaan , anda boleh diharap dan cekap serta cepat melakukan sesuatu yang diminta . .

ehsan : Yahoo Malaysia