Wednesday 12 March 2014

Tiada Ketaatan


Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Tiada ketaatan kepada makhluk pada menderhakai Allah Azzawajalla."

(Riwayat Ahmad)

Pengajaran: Kita dilarang mengikut atau mematuhi seseorang yang mungkar dan tidak menurut perintah Allah Taala.

Tuesday 11 March 2014

Tempat Suci


Daripada Jabir r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Dijadikan untukku bumi sebagai masjid (tempat sujud) yang suci."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran: Jagalah kehidupan kita di dunia ini dengan amalan-amalan yang baik serta kebersihan jiwa sebagaimana kita menjaga amalan dan kebersihan ketika berada di dalam masjid.

Sunday 9 March 2014

Pemusnah Sifat Baik


Daripada Jabir r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Takutilah sifat bakhil dan haloba. Sesungguhnya siftat bakhil dan haloba memusnahkan golongan yang sebelum kamu. Ia mendorong mereka menumpahkan darah dan menghalalkan perkara yang duharamkan."

(Riwayat Muslim)

Pengajaran: Mata dan hati kita akan didustakan dengan harta yang banyak. Sekiranya kita tidak beringat, harta yang banyak akan membawa kepada kekufuran.

Saturday 8 March 2014

Tiga Amalan yang Kekal


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila seseorang mati terputuslah daripadanya amalannya melainkan tiga; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya."

(Riwayat al-Tirmizi)

Pengajaran: Peringatan untuk kita yang masih hidup iaitu perbuat dan amalkanlah sesuatu yang mempunyai manfaat yang kekal.

Friday 7 March 2014

Golongan yang Dibenci


Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Tiga golongan yang tidak dipandang Allah pada hari kiamat; penderhaka ibu, penagih arak dan orang yang suka menyebut pemberiannya."

(Riwayat al-Hakim)

Pengajaran: Untuk menjadi orang yang beriman, elakkanlah daripada perbuatan yang tidak disukai Allah Taala.

Wednesday 5 March 2014

Kebaikan Meninggalkan


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Daripada kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan suatu yang tidak bermanfaat kepadanya."

(Riwayat al-Tirmizi)

Pengajaran: Lakukan setiap sesuatu itu dengan adanya manfaat kepada diri dan Muslim yang lain.

Tuesday 4 March 2014

Keberkatan Memberi Salam


Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Wahai anakku! Apabila kamu masuk ke dalam rumah berilah salam. Kamu dan ahli rumah akan mendapat keberkatan."

(Riwayat al-Tirmizi)

Pengajaran: Ucapan salam adalah satu doa untuk kesejahteraan sesama Muslim. Silaturahim sesama kita juga akan bertambah kukuh.

Sunday 2 March 2014

Kekayaan Sebenar


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Penyajaran: Kekayaan jiwa adalah ilmu yang diadaptasikan dalam kehidupan seharian kita.

Saturday 1 March 2014

Penghulu Kiamat


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Akulah penghulu manusia pada hari kiamat."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran: Jika ada manusia mahupun makhluk lain yang mendakwa dirinya berpengaruh di dunia dan di akhirat, maka sesungguhnya itu adalah dusta semata-mata. Kerana itu kita dinasihatkan supaya mengetahui hak terhadap Baginda SAW.

Friday 28 February 2014

Ganjaran Kebaikan


Daripada Abu Mas'ud al-Ansari r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, ia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutinya."

(Riwayat Muslim)

Pengajaran: Tunjukkan teladan yang baik supaya teladan itu diikuti oleh orang yang melihatnya.

Berkorban Memegang Amanah


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberi amanah kepada engkau dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianati engkau."

(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Pengajaran: Jika kita diberi sesuatu amanah, maka wajiblah kita menjaga dan berkorban untuknya.

Wednesday 26 February 2014

Berakhlak Baik


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik."

(Riwayat Ahmad)

Pengajaran: Buatlah perkara yang elok dan perangai yang baik pada bila-bila masa dan di mana jua kita berada.

Tuesday 25 February 2014

Sifat Lemah Lembut



Daripada Aisyah r.ha., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah lembut pada setiap perkara."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran: Sifat lemah lembut, berbudi bahasa, merendah diri dalam perkara-perkara tertentu akan mengeratkan lagi persaudaraan sesama Muslim.

Monday 24 February 2014

Amanah dan Janji

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Tiada keimanan bagi orang yang tidak amanah, dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang dengan janji."

(Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)

Pengajaran: Apabila diberi amanah, lakukanlah sebaik mungkin. Apabila berjanji, tunaikanlah dengan segera.

Sunday 23 February 2014

Kesan Daripada Wuduk

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaan bersinar-sinar daripada kesan wuduk. Sesiapa yang berupaya untuk melebihkan basuhan wuduknya, maka lakukanlah."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran: Jagalah wuduk sepertimana kita menjaga aurat kita daripada pandangan orang lain.

Saturday 22 February 2014

Ciri-ciri Seorang Mukmin

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa bersukacita dengan kebaikannya dan berdukacita dengan keburukannya, ia adalah Mukmin."

(Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Pengajaran: Bertahmid ketika membuat sesuatu yang menggembirakan, beristighfar apabila melakukan kesalahan, menyesali dengan bersungguh-sungguh.

Friday 21 February 2014

Ketentuan Amalan

Daripada Sahl bin Saad al-Sa'idi r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya ketentuan amalan adalah dengan yang terakhir."

(Riwayat al-Bukhari)

Pengajaran: Sia-sia amalan kita selama kita hidup jika di akhir hayat kita membuat sesuatu yang melanggar hukum syarak.

Thursday 20 February 2014

Bergantung Kepada Manusia

Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Janganlah bergantung kepada manusia walaupun dengan alat pembersih gigi."

(Riwayat al-Haithami)

Pengajaran: Usahlah kita hanya mengharap bantuan sesama manusia dengan mengetepikan usaha sendiri. Yang utamanya, kita mestilah berusaha, kemudian berdoa, yang disertakan dengan tawakal.

Wednesday 19 February 2014

Jahat Terhadap Jiran

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidak masuk ke syurga seseorang yang membuatkan jirannya tidak berasa aman dengan kejahatan dirinya."

(Riwayat Muslim)

Tuesday 18 February 2014

Kedudukan Malu

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Malu adalah sebahagian daripada iman, dan iman adalah di syurga."

(Riwayat al-Tirmizi)

Monday 17 February 2014

Terpedaya Dengan Nikmat

Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya; sihat dan kelapangan."

(Riwayat al-Bukhari)

Sunday 16 February 2014

Jalan Terpilih

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Saturday 15 February 2014

Memilih Sahabat

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat."

(Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim)

Friday 14 February 2014

Larangan Menakut-Nakutkan

Daripada sebahagian sahabat r.a., Nabi bersabda yang bermaksud:

"Tidak halal bagi seorang Muslim menakut-nakutkan seorang Muslim yang lain."

(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Thursday 13 February 2014

Penyebar Fitnah

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidak musuk syurga orang yang mengacum (menyebar fitnah)."

(Riwayat Muslim)

Wednesday 12 February 2014

1 Day 1 Hadith

Memelihara Wuduk

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Sekiranya aku tidak menyusahkan umatku, aku akan perintahkan umatku berwuduk pada setiap kali solat dan bersiwak pada setiap kali wuduk."

(Riwayat Ahmad)

Tuesday 11 February 2014

1 Day 1 Hadith

Muslim Adalah Bersaudara

Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Monday 10 February 2014

1 Day 1 Hadith

Tipu Daya Dunia

Daripada Qatadah bin Nu'man, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila Allah mengasihi seorang hamba, Allah mengawasinya dari dunia (daripada tipu daya dan syahwat dunia) sepertimana seseorang daripada kamu berterusan mengawasi sakitnya daripada terkena air (jika sakit itu merbahaya sekiranya terkena air)."

(Riwayat al - Tarmizi dan al - Hakim)


Sunday 9 February 2014

1 Day 1 Hadith

Ilmu Itu Wajib

Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim."

(Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'la)