Saturday 3 August 2013

Tip Berfikiran Positif

' Fikir Positif '
Perkataan ni memang sangat mudah untuk diungkapkan . Namun ia merupakan satu perkara yang sukar untuk dilaksanakan terutamanya sewaktu kita dilanda masalah atau ditimpa kegagalan . Jom berkongsi beberapa tip untuk berfikiran positif .


1 . Perasaan Diri Sendiri
Cara yang paling mudah adalah kenal pasti sama ada kita positif atau negatif mengenai perasaan diri kita . Ini kerana semakin kita sedar tentang perasaan yang kita sedang alami , semakin mudah untuk kita mengubah perasaan dari negatif kepada positif .

2 . Ubah Perkataan
Sentiasa gunakan perkataan yang positif semasa berfikir dan bercakap . Ini kerana apa jua perkataan yang disebut , akan menghantar isyarat , yang berbeza pada minda . Malah , ia akan memberi kesan kepada cara kita berhadapan dengan perkara tersebut . Justeru , gunakanlah perkataan yang boleh memberi motivasi pada diri sendiri . Misalnya ' Saya Boleh ! ' dan ' Saya Mesti Berjaya ! ' .

3 . Pemikiran Negatif
Belajar untuk latihkan diri untuk mengabaikan pemikiran negatif . Apabila pemikiran negatif timbul , cepat2 gantikan dengan memikirkan perkara2 yang menggembirakan . Dengan ini kita sudah cuba untuk menyekat pemikiran negatif dari menguasai diri .

4. Membaca
Luangkan masa untuk membaca sekurang - kurangnya satu muka surat buku2 yang boleh memberikan motivasi . Dengan pembacaan ini , ia mampu membuka minda dan menjadikan kita lebih positif .

5. Aktiviti Fizikal
Lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan , berenang , dan sebagainya . Ia akan menjadikan badan kita lebih cergas dan membina sikap positif dalam diri . Malah , sewaktu melakukan aktiviti ini , toksin dikeluarkan dari anggota badan . Jadi , ia mampu mengurangkan tekanan yang dialami .

6 . Persekitaran Yang Positif
Cari dan berkawanlah dengan orang2 yang berfikiran positif . Ini kerana jika kita dikelilingi orang2 yang negatif , maka kita mudah untuk menjadi negatif . Justeru , apabila kita dilanda masalah , carilah orang2 yang boleh memberi pandangan yang baik dan membantu menyelesaikan masalah kita .


ehsan : Asuh Julai 2013

Monday 13 May 2013

Pemikiran Kolot

Ape pendapat korang kalau pegi makan kat kedai , sambil2 makan tu ternampak laa sorang mamat ke minah ke sape2 je laa , dye makan sampai
habis , licin , tak tinggal ape pon . . Pinggan tu macam baru cuci , suci , murni
( hahaha nak tunjuk kn pinggan tu betapa bersih nye ) . . Kalau bole sampai jilat2 pinggan tu . .

Apakah yg korang fikir kn waktu tu ? ?

1 . Adakah orang tu lapar yg tersangat lapar mengalahkan orang yg
kebuluran ? ?

atau

2 . Orang tu tak suke malah benci akan pembaziran . .

atau

3 . Mengikut SUNNAH . . Penuh adab , tatatertib , tatasusila dan
bermacam-macam tata lagi . .

Kalau nombor 1 laa jawapan korang . . Alangkah kolot nye pimikiran
kau orang ni . . Cuba laa ' huznuzon ' sikit . . Atok KFC tu pon suruh makan sampai jilat jari . .

Pilihan nombor 2 boleh diterima , memandangkan kos sara hidup yg makin meningkat ni kn . .

Pemikiran nombor 3 . . Memang admin salute sesiapa yg pilih . . Setiap hidangan tu mempunyai baraqah nye yg tersendiri . . Mungkin baraqah tu ade pada sebutir nasi yg last sekali . . Sape tahu kn ? ?

Admin bukan laa arif sangat pasal agame . . Cuma sebagai perkongsian . . Buang yg keroh , ambil yg jernih . .

The moral of the story is think before action . .

Kucing pon tahu makan sampai habis , huh . .

Tuesday 12 February 2013

Rambut dan rahsianya


Dianggap sebagai mahkota wanita , rambut juga memiliki rahsia tersembunyi diri setiap wanita . . Jika ingin ketahui apakah rahsia itu , jom baca dan nilai sendiri . .

Rambut lurus

Dari segi fesyen , anda memang seseorang yang bijak bergaya . . Anda tidak perlu meminta bantuan sesiapa dalam pemilihan pemakaian . . Sememangnya , anda bijak berkata-kata dan berperwatakan ceria . . Namun , anda juga mudah cemburu dan suka bersaing . .

Rambut kerinting (tebal)

Dari sudut positifnya , anda seorang yang sangat peramah dan
mudah didekati . . Oleh itu , sudah tentunya anda mempunyai ramai kenalan . . Jadi , tidak hairainlah anda disayangi ramai malah anda juga agak romantik . . Walaubagaimanapun , anda agak degil dan keras kepala dan sentiasa merasakan diri anda sahaja yang betul . .

Rambut kerinting (halus) 

Bagi mereka yang mempunyai rambut jenis ini sebenarnya seorang yang bijak namun ada sedikt ego dan cerewet . . Dalam berpasangan pula , anda seorang yang romantik tetapi agak cemburu buta . . Ini membuatkan pasangan anda kurang selesa . .

Rambut ikal mayang

Individu yang mempunyai rambut begini pula seringkali memiliki rupa paras yang comel . . Bukan seorang yang terburu-buru dalam mengatur langkah dan sentiasa berfikir sebelum melakukan sesuatu . . Orang ramai suka dengan bergaul dengan anda kerana anda seseorang yang berfikiran terbuka dan mudah memaafkan seseorang . .

Rambut beruban

Tidak bijak mengatur sesuatu dan suka termenung . . Tetapi , anda bersikap sangat terbuka dan boleh menerima pendapat orang lain serta pandai menyelesaikan masalah sendiri . .

Rambut kusut 

Seseorang yang suka bergaul dan pandai menarik perhatian orang . . Walaupun anda mudah didekati , tetapi anda sebenarnya seorang yang agak bengis tetapi anda tidak suka marah tanpa usul periksa . . Namun , jika disakiti , anda tidak mudah memaafkan orang yang menyakiti . .

Rambut halus / lembut

Seorang yang agak cerewet tetapi manja dengan orang di sekeliling . . Malah , anda juga seorang yang tegas dengan pendirian dan mudah memaafkan orang lain . . Dalam pekerjaan , anda boleh diharap dan cekap serta cepat melakukan sesuatu yang diminta . .

ehsan : Yahoo Malaysia